Pengguna boleh merekodkan gaji pekerja dan proses gaji tersebut di dalam sistem. Pengguna boleh melihat rekod pendapatan berdasarkan rekod aktiviti semasa kehadiran.
REKOD UPAH PEKERJA
Upah pekerja adalah dikira berdasarkan rekod kehadiran mereka dalam bulan-bulan tertentu.
Untuk rekodkan upah pekerja, anda perlu rekodkan kehadiran pekerja tersebut dahulu. Anda boleh pergi ke Commodities>Workers>Workers. Kemudian, anda pilih pada nama pekerja tersebut, dan tekan pada Attendance.
Kemudian, anda perlu masukkan kehadiran untuk pekerja tersebut. Jika kehadiran pekerja tersebut sudah ada, anda akan dapat lihat dalam senarai tersebut mengikut tarikh yang anda pilih.