Untuk membuat tetapan bagi module Human Resources Management System, pergi ke butang “Configurations” dan anda boleh membuat beberapa pilihan seperti gambarajah di bawah:
Dengan membuat tetapan terlebih dahulu, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat pilihan di kemudian hari. Tetapan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja kecuali ada penambahan informasi di kemudian hari.
HRMS - Approver
Untuk membuat tetapan bagi Pelulus, pergi ke butang “Approver” dan anda boleh membuat tetapan pelulus untuk setiap pekerja atau secara pukal.
1) Tetap Pelulus Secara Individu
Apabila anda memilih “Set Staff Approver”, anda boleh menetapkan staff mana yang akan menjadi pelulus untuk bahagian yang tertera di bawah dengan menekan “Add Approver”.
Kemudian anda perlu memasukan angka 1 – 5 sebagai tahap pelulus dan juga perlu memilh staff mana yang akan menjadi Pelulus. Sebagai tambahan maklumat, tiada limit untuk tahap pelulus.
Pelulus adalah sangat berguna kepada syarikat yang mempunya ramai staff. Proses ini akan menyenangkan staf yang berpangkat pengurus.
2) Tetapan Pelulus Secara Pukal
Untuk menetapkan pelulus secara pukal, user perlu pergi ke Configurations > Approver > Bulk Add. Berikut adalah paparan rujukan.
1) Masukkan tahap pelulus
2) Pilih Jabatan, Jawatan dan Klasifikasi Pekerjaan
3) Pilih nama Pelulus dan tekan butang save.
Tetapan ini sesuai digunakan sekiranya pelulus tersebut adalah pelulus yang sama bagi kumpulan pekerja yang sama.