Untuk membuat tetapan bagi HRMS Shift, anda perlu pergi “Configurations” dan anda boleh memilih "Shift Settings > Shift Group dan Shifts" seperti gambarajah di bawah. 



HRMS Shift Groups (Kumpulan Shift)


Anda perlu menetapkan shift group terlebih dahulu, tekan butang "Add" untuk menambah shift group yang baharu. 

- Tekan butang edit untuk edit kumpulan shift yang sedia ada. 



Ketika ingin menambah shift group yang baru, anda perlu memasukkan dan memilih beberapa pilihan yang disediakan. Berikut adalah maklumatnya. 


1) Group Name

2) Time Zone

3) Group Attendance terbahagi kepada dua iaitu Time In Time Out atau Total  Working Hours (pengguna perlu memasukkan jumlah jam dan minit berkerja).

4) Pilih jabatan atau pekerja  yang ingin ditetapkan.



HRMS Shifts


Setelah tetapan kumpulan shift telah dilakukan, anda perlu menetapkan shift bagi kumpulan tersebut. Berikut adalah paparan bagi shift.


Tekan butang Add untuk menambah shift yang baru. 

Tekan butang Edit untuk mengubah shift yang sedia ada. 


Ketika ingin menambah shift yang baru, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti yang tertera di dalam gambar rajah.


Sekiranya semua maklumat telah di isi, tekan butang "Save" untuk menambah shift yang baru.