Untuk membuat tetapan bagi Jabatan, anda perlu pergi “Configurations” dan anda boleh memilih "Department" seperti gambar rajah di bawah. 


HRMS Department (View List)


Sekiranya anda ingin melihat senarai jabatan, pergi ke Department > View List. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.




1) Tekan butang Add untuk menambah jabatan yang baru. 

2) Tekan butang Import Data untuk import jabatan secara pukal

3) Tekan butang Edit untuk mengubah maklumat jabatan yang sedia ada atau tekan butang Delete untuk membuang jabatan tersebut. 


1) Add Department

Sekiranya anda ingin menambah jabatan yang baru, anda akan melihat paparan seperti gambar rajah yang tertera dibawah. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan tekan butang Save untuk menyimpan maklumat jabatan tersebut.


Maklumat tambahan:

- Parent: Sekiranya terdapat jabatan yang berada di bawah jabatan yang lain.

- Chart of Account: Sekiranya anda melanggani Modul Akaun dan menggunakan fungsi automated accounting, anda perlu membuat tetapan ini untuk tujuan fungsi automated accounting bagi penggajian. 



2) Import Data

Sekiranya anda ingin menambah jabatan menggunakan fungsi import, anda akan melihat paparan seperti gambar rajah yang tertera di bawah, 


Anda perlu memasukkan maklumat jabatan dari file excel dan tekan butang "Submit" untuk menyimpan maklumat jabatan yang baru.