Untuk membuat tetapan bagi Jawatan, anda perlu pergi ke “Configurations” dan anda boleh memilih "Designations" seperti gambar rajah di bawah.
HRMS Designation (View List)
Sekiranya anda ingin melihat senarai jawatan, pergi ke Designation > View List. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
1) Tekan butang Add untuk menambah jawatan yang baru
2) Tekan butang Create Bulk untuk menambah jawatan secara pukal
3) Tekan butang Edit untuk mengubah maklumat jawatan yang sedia ada atau tekan butang Delete untuk membuang jawatan tersebut
1) Add Designation
Sekiranya anda ingin menambah jawatan yang baru, anda akan melihat paparan seperti gambar rajah yang tertera dibawah. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan tekan butang Save untuk menyimpan maklumat jawatan tersebut.
2) Create Bulk Designation
Sekiranya anda ingin menambah jawatan yang baru secara pukal, anda akan melihat paparan seperti gambar rajah yang tertera dibawah.
Anda perlu pilih jawatan apa yang ingin ditambah dan tekan butang Create Bulk untuk menyimpan maklumat jawatan yang baru.