Untuk membuat tetapan bagi Kategori Pergerakan, anda perlu pergi ke “Configurations” dan anda boleh memilih "Movement Categories" seperti gambar rajah di bawah.
Movement Categories (View List)
Sekiranya anda ingin melihat tetapan bagi Kategori Pergerakan, pergi ke Movement Categories > View List. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
1) Tekan butang Add untuk menambah Kategori Pergerakan yang baru.
2) Tekan butang Edit untuk mengubah maklumat Kategori Pergerakan atau tekan butang Delete untuk membuang Kategori pergerakan tersebut.
1) Add New Movement Categories
Sekiranya anda ingin menambah Kategori Pergerakan yang baru, anda akan melihat paparan seperti gambar rajah yang tertera dibawah. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan tekan butang Save untuk menyimpan maklumat Kategori Pergerakan tersebut