Untuk membuat tetapan bagi Produk Kategori, anda perlu pergi ke “Pricebook” dan anda boleh memilih "Pricebook Categories" seperti gambar rajah di bawah.



Untuk tetapan Kategori Produk, berikut adalah tetapan yang boleh dilakukan.

1) Melihat Senarai (View List)

2) Menambah Produk Kategori Baru (Add New)

3) Import Produk Kategori (Import)

4) Menyalin Kategori Produk (Copy Pricebook Category)


--------------------------------------------------------------


1) Senarai Kategori Produk (View List)

Sekiranya anda ingin melihat tetapan bagi Kategori Produk, pergi ke Pricebook Categories > View List. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.



1. Tekan butang Add untuk menambah Kategori Produk dan anda akan melihat paparan seperti dibawah.

2. Tekan butang Edit untuk mengubah maklumat Produk Kategori yang sedia ada 

3. Tekan butang Delete untuk membuang/memadam Produk Kategori tersebut. 


--------------------------------------------------------------


2) Menambah Kategori Produk (Add New)

Sekiranya anda ingin menambah Kategori Produk yang baru, pergi ke Pricebook Categories > Add New. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.



Masukkan segala maklumat yang diminta kemudian apabila sudah selesai, tekan butang "Save Form" untuk menyimpan data



--------------------------------------------------------------


3) Import Kategori Produk (Import)

Sekiranya anda ingin mengimport Kategori Produk, pergi ke Pricebook Categories > Import. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.



1. Tekan butang "Download Here" untuk memuat naik templat Excel Kategori Produk dan anda perlu mengisi maklumat produk seperti dalam templat tersebut

2. Tekan butang "Browse" untuk memilih fail excel atau templat produk kategori yang telah di isi

3. Tekan butang "Importuntuk mengimport fail tersebut


--------------------------------------------------------------


4) Menyalin Kategori Produk (Copy Pricebook Categories)

Sekiranya anda ingin menyalim Kategori Produk, pergi ke Pricebook Categories > Copy Pricebook Categories. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.



1. Tanda butang kotak untuk memilih Produk Kategori yang ingin di salin.

2. Tekan Submit apabila selesai memilih Produk Kategori yang ingin di salin