Untuk membuat tetapan bagi Pengurusan Produk, anda perlu pergi ke “Pricebook” dan anda boleh memilih "Pricebook Categories" seperti gambar rajah di bawah.
Untuk Pengurusan Produk, berikut adalah tetapan yang boleh dilakukan.
1) Melihat Senarai Produk (View List) / Menambah Produk Baru (Add New)
2) Melihat Senarai Produk berserta Carta Perakaunan (View List Accounting Mapping)
3) Tetapkan Produk Kegemaran (Set favourite)
4) Import Produk (Import)
5) Import dan Kemas Kini Produk secara Ekspres (Express Import and Update)
6) Menyalin Produk (Copy Pricebook)
7) Kemas Kini Produk (Update Pricebook)
--------------------------------------------------------------
1) Senarai Pengurusan Produk (View List) / Menambah Produk Baru (Add New)
Sekiranya anda ingin melihat Senarai Produk, pergi ke Pricebook Management > View List / Add New. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
1. Tandakan produk sebagai tidak tersedia (Mark as Unavailable), Tandakan produk sebagai tidak di kesan (Mark as not tracked), Laporan (Reports), dan Manambah Produk Baru (Add new Pricebook)
2. Pilih bilangan entri produk yang anda ingin lihat dalam senarai, kemudian pilih format fail laporan sekiranya anda ingin memuat turun senarai produk tersebut
3. Tekan butang Detail untuk melihat maklumat produk, Tekan butang Edit untuk mengubah maklumat produk yang sedia ada, Tekan butang Delete untuk membuang/memadam produk tersebut. Tekan butang Duplicate kepada produk yang ingin di salin semula.
--------------------------------------------------------------
2) Senarai Pengurusan Produk berserta Carta Perakaunan (View List Accounting Mapping)
Sekiranya anda ingin melihat Senarai Produk berserta Carta Perakaunan, pergi ke Pricebook Management > View List Accounting Mapping. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
1. Pilih bilangan entri produk yang anda ingin lihat.
2. Pilih format fail laporan senarai produk yang ingin anda muat turun.
3. Tekan butang Detail untuk melihat maklumat produk
4. Tekan butang Edit untuk mengubah maklumat produk yang sedia ada
--------------------------------------------------------------
3) Tetapkan Produk Kegemaran (Set Favourite)
Sekiranya anda ingin menetapkan produk kegemaran, pergi ke Pricebook Management > Set Favourite. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
- Tandakan pada kotak produk yang anda ingin tetapkan sebagai kegemaran.
- Anda boleh masukkan bilangan pesanan yang sering berulang ke dalam kotak Favourite Order.
--------------------------------------------------------------
4) Import Produk (Import)
Sekiranya anda ingin mengimport produk baru secara pukal, pergi ke Pricebook Management > Import. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
1. Tekan butang "Download Excel" untuk memuat naik templat Excel Produk dan anda perlu mengisi maklumat produk seperti dalam templat tersebut
2. Tekan butang "Browse" untuk memilih fail excel atau templat produk yang telah di isi
3. Tekan butang "Import" untuk mengimport fail tersebut
--------------------------------------------------------------
5) Import dan Kemas Kini Produk secara Ekspres (Express Import and Update)
Sekiranya anda ingin mengemas kini maklumat produk secara pukal, pergi ke Pricebook Management > Express Import and Update. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
1. Tekan butang "Download Excel" untuk memuat naik templat Excel Produk dan anda perlu mengisi maklumat produk yang ingin di kemas kini seperti dalam templat tersebut
2. Tekan butang "Browse" untuk memilih fail excel atau templat produk yang telah di isi
3. Tekan butang "Import" untuk mengimport fail tersebut
--------------------------------------------------------------
6) Menyalin Produk (Copy Pricebook)
Sekiranya anda ingin menyalin produk secara pukal, pergi ke Pricebook Management > Express Import and Update. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
- Tandakan pada kotak kosong, pada cawangan syarikat yang ingin menyalin senarai produk dari syarikat ibu pejabat
--------------------------------------------------------------
7) Kemas Kini Produk (Update Pricebook)
Sekiranya anda ingin mengemas kini produk secara pukal, pergi ke Pricebook Management > Update Pricebook. Anda akan dapat paparan seperti gambar rajah dibawah.
- Tandakan pada kotak kosong, pada cawangan syarikat yang ingin dikemas kini kan stok produk nya supaya menjadi sama seperti stok di ibu pejabat.