Sila ikuti langkah-langkah yang berikut:
- Sila ke menu Payroll > Configurations > Payroll Groups > klik View List.
- Tekan butang edit pada kolum action.
- Scroll page ke bawah, terdapat bahagian 'payroll groups overtime information'. Di bahagian ini pengguna boleh mengisi maklumat overtime.
- Setelah isi maklumat yang berkenaan, sila tekan butang save.
Keterangan:
A |
Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 1.5 kali ganda gaji, masukkan nombor 1.5 dalam kotak tersebut. |
B |
Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 2 kali ganda gaji, masukkan nombor 2 dalam kotak tersebut. |
C |
Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2015. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 3 kali ganda gaji, masukkan nombor 3 dalam kotak tersebut. |
D |
Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 1.5 kali ganda gaji, masukkan nombor 1.5 dalam kotak tersebut. |
E |
Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 2 kali ganda gaji, masukkan nombor 2 dalam kotak tersebut. |
F |
Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2015. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 3 kali ganda gaji, masukkan nombor 3 dalam kotak tersebut. |
Sekiranya anda ingin menetapkan satu amaun tetap untuk overtime, anda boleh tandakan “√” dalam kotak “Use Fixed Value for Overtime”.
Keterangan:
Nombor |
Keterangan |
A |
Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
B |
Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
C |
Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2015. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
D |
Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
E |
Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
F |
Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2015. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
Seterusnya, anda juga boleh menetapkan sama ada bayaran gaji overtime ini disumbangkan untuk bayaran statutori ataupun tidak.
Di sini anda boleh melakukan tetapan sama ada gaji lebih masa tersebut perlu disumbangkan ke badan-badan statutori seperti EPF, SOCSO, Income Tax, Zakat dan PSMB. Sekiranya gaji tersebut perlu disumbangkan, anda perlu tandakan “√” dalam kotak tersebut.