Dalam OfficeCentral, anda boleh pilih untuk membuat pembayaran claim melalui gaji dengan menggunakan modul "Payroll". Untuk akses modul ini, anda boleh pilih yang berikut:
- Pergi ke modul “Payroll”.
- Pergi ke “Adjustments” dan pilih “Import from Claims”.
- Anda akan dapat lihat paparan skrin seperti di bawah. Di sini, anda hanya akan dapat melihat senarai claims yang sudah diluluskan di semua peringkat sahaja.
Keterangan:
Keterangan | |
SelectAdjustment | Pilih jenis elaun/potongan. Dalam kes ini, anda dinasihatkan untuk menambahkan jenis elaun dalam “Adjustment Purposes” untuk tujuan claims. (Contoh: CLAIMS) Pilih jenis tersebut dalam ruangan ini. |
Pay Run No | Pilih pay run number untuk memasukkan claims ini, contohnya, sekiranya bayaran claims dibayar dengan gaji yang pertama pada bulan tersebut, pilih nombor 1. |
Date Effective | Pilih tarikh efektif claim tersebut. Pada kebiasaannya adalah sama dengan tarikh efektif pengiraan gaji. |
Date Expiry | Pilih tarikh luput claim tersebut. Disebabkan claim merupakan satu kali bayaran dan lain dari elaun, masukkan tarikh yang sama dengan tarikh efektif (atau mana-mana tarikh dalam bulan yang sama dengan pemprosesan gaji sebelum cutoff date) untuk mengelakkan dari sistem mengira pembayaran claim yang sama lebih dari satu kali. |
Mark Claim as paid | Tekan “/” di sini sekiranya anda ingin sistem terus kemaskini status claim tersebut sebagai telah dibayar. |
Combine multiple claims as single adjustment for each staff | Tekan “/” di sini sekiranya anda ingin masukkan kesemua claims tersebut sebagai satu jenis adjustment sahaja untuk setiap pekerja. |
Setelah selesai melakukan yang di atas, anda perlu memproses gaji bagi memastikan perkara tersebut dikira semasa pemprosesan gaji. Sekiranya anda telah memproses gaji baru anda masukkan claims, anda perlu memproses gaji tersebut semula.