Dalam OfficeCentral, anda boleh juga menambahkan jenis-jenis elaun atau potongan gaji yang dikira semasa pemprosesan gaji. Untuk mengakses modul ini, anda perlu lakukan langkah-langkah berikut:
- Pergi ke modul “Payroll” dan pilih “Adjustments”.
- Seterusnya, anda klik pada bahagian “Purpose”. Klik pada butang “Add” untuk menambah jenis “Adjustment Purpose” yang baru.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
Keterangan:
Nombor |
Keterangan |
A |
Nama elaun tersebut. |
B |
Nama pendek elaun tersebut untuk ditunjukkan di dalam slip gaji. Contohnya, untuk TRAVEL ALLOWANCE boleh gunakan TRVALLW. Tiada format yang piawai yang perlu diikuti dan perkara ini bergantung kepada syarikat anda sendiri. |
C |
Maklumat tambahan tentang alaun tersebut. |
D |
Sila pilih Adjustment Type dalam pilihan tersebut. Ini digunakan untuk menghasilkan laporan-laporan berkaitan untuk jenis-jenis elaun/potongan gaji tersebut. Sekiranya elaun/potongan tersebut tidak berkaitan dengan mana-mana pilihan yang disediakan, sila pilih “Others”. Contoh-contoh elaun yang masuk ke dalam “Others” adalah seperti Elaun Kedatangan dan Elaun Makan. |
E |
Sekiranya jenis elaun/potongan ini merupakan potongan, sila tandakan “√” dalam kotak tersebut. |
F |
Tekan dalam kotak untuk tandakan “√” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk potongan EPF / KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). |
G |
Tekan dalam kotak untuk tandakan “√” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk potongan SOCSO/PERKESO. |
H |
Tekan dalam kotak untuk tandakan “√” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk potongan PCB (Potongan cukai bulanan) |
I |
Tekan dalam kotak untuk tandakan “√” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk potongan Zakat. |
J |
Tekan dalam kotak untuk tandakan “√” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk sumbangan syarikat kepada PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad). |
K |
Tekan dalam kotak untuk tandakan “√” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk “Overtime” |
- Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan atas.