Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengakses modul ini:

1.       Untuk akses module ini, pergi ke “Adjustment” dan seterusnya tekan “View List (overall)”.

2.       Di sini anda boleh melihat senarai elaun atau potongan gaji yang diberikan kepada pekerja anda. 



Keterangan:

Nombor
Keterangan
A
Tekan butang “Add” untuk tambahkan jenis kumpulan gaji baru
B
Tekan butang “Download Adjustments” untuk muat turun senarai Adjustment yang dibuat.
C
Tekan butang “Edit” untuk melakukan sebarang modifikasi terhadap data yang sedia ada
D
Tekan butang “Delete” untuk padamkan kumpulan gaji yang telah sedia ada. Walau bagaimanapun, data tersebut hanya boleh dipadamkan sekiranya ia masih belum digunakan. Harap maklum bahawa data yang telah dipadamkan tidak boleh didapati semula.


Seterusnya, anda boleh menambahkan elaun atau potongan untuk pekerja anda:

 Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1.       Klik pada butang “Add” untuk memilih dan memasukkan elaun atau pengurangan kepada pekerja anda.

2.       Anda akan sampai ke halaman yang memerlukan anda masukkan maklumat tentang elaun atau potongan tersebut.

3.       Isikan maklumat yang diperlukan. Sila rujuk gambarajah di bawah.


Keterangan:

A
Pilih staff yang anda ingin tambahkan elaun atau potongan.
B
Sila tekan “Add New” jika anda tidak mempunyai pilihan untuk jenis elaun atau potongan. Langkah ini sama dengan Tambah Pelarasan di muka surat 17.
C
Pilih jenis elaun atau potongan.
D
Masukkan maklumat berkenaan elaun/potongan tersebut.
E
Masukkan nombor rujukan sekiranya ada. Pada kebiasaannya nombor rujukan ini digunakan (sebagai nombor akaun) sekiranya potongan ini berkaitan dengan PTPTN, Tabung Haji dan sebagainya. Nombor rujukan ini akan ditunjukkan di dalam laporan elaun/potongan gaji.
F
Pilih cara pengiraan yang betul untuk elaun ini.
Pilih “Fixed Value” sekiranya elaun/potongan adalah tetap. Contohnya, elaun/potongan tersebut adalah sentiasa RM100. Maka, pilih “Fixed Value” dan masukkan nombor 100 dalam kotak bernombor 7.

Pilih “Based on Salary Calculation Formula” sekiranya pengiraan elaun/potongan tersebut adalah mengikut pengiraan gaji. Contohnya, sekiranya cara pengiraan gaji ada penolakan untuk cuti tanpa gaji, elaun ini juga akan dipotong mengikut formula yang sama mengikut bilangan cuti tanpa gaji tersebut.
Pilih “Percentage of Basic Salary” sekiranya elaun/potongan tersebut dikira berdasarkan peratus dari gaji pokok. Contohnya, sekiranya peratusan tersebut adalah 10% dan gaji pokok pekerja tersebut adalah RM2000, maka elaun/potongan tersebut akan automatik dikira sebagai RM200.
 
Pilih “Percentage of gross salary” sekiranya elaun/potongan tersebut dikira berdasarkan peratus dari gaji kasar. Contohnya, sekiranya peratusan tersebut adalah 10% dan gaji kasar pekerja tersebut pada bulan tersebut setelah mengambilkira cuti tanpa gaji adalah RM1850, maka elaun/potongan tersebut akan automatik dikira sebagai RM185.
 
G
Masukkan amaun tersebut dalam nombor 8 berdasarkan pilihan anda dari nombor 7:
“Fixed Value” : Masukkan amaun elaun/potongan tersebut. Sistem akan menggunakan amaun ini tanpa sebarang perubahan untuk pengiraan semasa pemprosesan gaji.

“Based on Salary Calculation Formula”: Masukkan amaun elaun/potongan tersebut. Sistem akan menggunakan formula yang sama dengan pengiraan gaji untuk mengira jumlah elaun atau potongan tersebut.
 
“Percentage of Basic Salary”: Masukkan jumlah dalam bentuk peratusan dari gaji pokok. Sekiranya 10%, masukkan nombor 10 dalam kotak tersebut.
 
“Percentage of Basic Salary”: Masukkan jumlah dalam bentuk peratusan dari gaji kasar. Sekiranya 10%, masukkan nombor 10 dalam kotak tersebut.
 
H
Masukkan tarikh efektif elaun/potongan tersebut. Sistem akan mengira elaun/potongan ini secara automatik semasa pemprosesan gaji berdasarkan tarikh efektif ini.
I
Masukkan tarikh luput elaun/potongan tersebut. Sistem tidak akan mengira elaun/potongan ini selepas tarikh luput ini secara automatik. Oleh itu, anda tidak perlu nyahaktifkan elaun ini apabila telah selesai.
J
Pilih “Pay run no” bagi elaun tersebut. Jika pembayaran gaji dibuat sekali dalam sebulan, sila pilih no 1. Jika pembayaran gaji dibuat 2 kali dalam sebulan, sila pilih no 2.