Setelah anda masuk ke modul kewangan, tekan “Claims” untuk mengakses modulTuntutan Pekerja. Dalam modul ini, anda boleh melihat kesemua tuntutan yang telah dihantar oleh pekerja anda.



Tanpa sistem pengurusan tuntutan yang berkesan, masalah-masalah seperti tuntutan yang salah atau dihantar dua kali berkemungkinan berlaku. Dengan menggunakan OfficeCentral, anda boleh melihat kesemua tuntutan yang telah dihantar oleh pekerja anda dan juga memantau kesemua tuntutan supaya tiada penyalahgunaan berlaku. Selain itu, pekerja anda juga dapat menyemak status kelulusan dan pembayaran melalui OfficeCentral tanpa perlu mengganggu Jabatan Kewangan di syarikat anda. Hal ini akan menjimatkan masa dan kos operasi.

menambah claim


Jikaanda ingin menambahkan tuntutan, tekanbutang “Add”seperti diatas.

1.       Sila masukkan jenis tuntutan yang ingin dibuat.

2.       Masukkan tajuk  yang berkaitan.

3.       Masukkan kenyataan jika berkenaan.

4.        Masukkan pendahuluan (advance) jika ada

5.        Masukkan pergerakan (movement) jika ada.

6.        Tekan butang “create”.


Untuk makluman anda, anda boleh memilih “Advance” yang berkaitan sekiranya tuntutan tersebut adalah untuk pendahuluan (advance) yang pernah diambil sebelum ini. Sekiranya tuntutan tersebut adalah berdasarkan pergerakan (movement) pekerja, anda boleh memilih movement yang berkaitan.

 

Nota: Anda wajib penuhi ruang yang bertanda *


seterusnya, masukkan item yang anda mahu claim



seterusnya tekan butang save untuk  menyimpan claim anda tersebut. Anda boleh menekan view list pada menu tadi untuk melihat paparan claims yang telah anda buat.



Anda akan lihat data yang dimasukkan tadi. Seterusnya, anda boleh “Edit”untuk melakukan sebarang modifikasi atau “Delete”untuk memadam data yang salah. Pengguna juga boleh memuat turun tuntutan yang dibuat.  Seterusnya, anda boleh melihat approve claims dengan menekan pada butang approve claims di menu tadi.


Untuk meluluskan “claim” sila pergi “claim” dan pilih “Approve Claim”. Jika anda lihat di ‘ Your claim” bahagain Status, anda akan dapati status claim anda “Pending”. Setiap claim mestilah diluluskan terlebih dahulu.

Anda juga boleh  membuat tuntutan untuk staf lain dengan menggunakan fungsi “Submit for Staff”.