Setelah anda masuk ke modul kewangan, tekan “Advances” untuk mengakses module Permohonan Pendahuluan. Dalam modul ini, anda boleh melihat kesemua permohonan pendahuluan yang telah dihantarkan oleh pekerja anda.



Tanpa sistem permohonan pendahuluan yang berkesan, masalah-masalah seperti pendahuluan yang salah atau dihantar dua kali berkemungkinan berlaku. Dengan menggunakan OfficeCentral, anda boleh melihat kesemua permohonan pendahuluan yang telah dihantar oleh pekerja anda dan juga memantau kesemua pendahuluan supaya tiada penyalahgunaan berlaku. Selain itu, pekerja anda juga dapat menyemak status kelulusan dan pembayaran melalui OfficeCentral tanpa perlu mengganggu Jabatan Kewangan di syarikat anda. Hal ini akan menjimatkan masa dan kos operasi.



A)      Untuk menambah pendahuluan, anda boleh klik butang “add” seperti gambar diatas.



1.       Masukkan nama pendahuluan yang ingin dibuat.

2.       Masukkan kenyataan yang berkaitan.

3.       Seterusnya klik butang “save”



Pihak yang meluluskan boleh meluluskan sebarang pendahuluan yang dipohon oleh pekerja anda dengan pergi ke “Approve Advances” .