Setelah anda masuk ke modul kewangan, tekan “Payment Requisitions” untuk mengakses modul Permohonan Bayaran. Dalam modul ini, anda boleh melihat kesemua permohonan bayaran yang telah dihantarkan oleh pekerja anda. Modul ini biasanya digunakan oleh pegawai yang bukan dari jabatan kewangan untuk memohon bayaran untuk pihak ketiga seperti kontraktor atau pembekal.



1.       Selepas itu, anda pergi ke “Payment Requisitions” dan klik pada “All Payment Requisition”.



2.      Tujuannya adalah untuk melihat dan membuat  permohonanpembayaran.



Anda boleh menekan butang "ADD" untuk menambah baru.



1.       Sila pilih staf yang ingin membuat permohonan pembayaran.

2.       Sila pilih pembayaran yang ingin dibuat. Ianya samada syarikat atau staf.

3.       Nyatakan tujuan permohonan pembayaran yang dibuat. Contohnya: Pembayaran bil elektrik

4.       Nyatakan apa sahaja yang melibatkan permohonan pembayaran yang ingin dibuat.

5.       Bagi maklumat bank,  kepada siapa pembayaran itu dibuat. Contohnya: Er Global Supplies

6.       Masukkan nama bank. Contohnya: Maybank.

7.       Masukkan nombor akaun bank yang terlibat

Untuk meluluskan “Payment Requisition” sila pergi ke “Approve Payment Requisition” untuk meluluskan segala permohonan pembayaran.



Jika anda lihat di ‘ Your payment requisition” bahagian Status, anda akan dapati status permohonan anda “Pending”. Setiap permohonan pembayaran mestilah diluluskan terlebih dahulu.