Dalam OfficeCentral, anda boleh menambahkan bilangan pekerja dan maklumat pekerja untuk tujuan pengurusan sumber manusia.

Ikuti langkah-langkah berikut utk melihat senarai pekerja:


1.       Tekan butang HRMS > STAFFS > VIEW LIST.

2.       Anda boleh menekan butang Add untuk menambahkan pekerja. Tekan butang Edit untuk mendapatkan maklumat mengenai pekerja tersebut.



Keterangan:

ATekan link “Add” ini untuk tambahkan pekerja yang baru.
BTekan link “Edit” ini untuk mengemaskini data untuk pekerja tersebut.
CTekan link “Resign” ini sekiranya pekerja tersebut berhenti.
DTekan link “Deactivate” ini sekiranya ingin “memadam” nama pekerja tersebut dari sistem dan anda tidak akan nampak lagi nama pekerja tersebut dalam sistem ini. Walau bagaimanapun, data pekerja tersebut masih disimpan. Untuk mengakses data pekerja yang tidak aktif, anda boleh memilih “Inactive Only” dalam filter F.
ETekan link “Suspend” ini sekiranya pekerja ini masih aktif dan anda hanya ingin menggantung pembayaran gaji. Pada kebiasaannya digunakan sekiranya pekerja ini mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh yang panjang.


Ikuti langkah-langkah berikut untuk memasukkan maklumat pekerja yang baru.


1.       Isikan semua maklumat yang diperlukan berkaitan dengan staff tersebut.



Keterangan Penting:


Date JoinedMasukkan tarikh pekerja ini mula bekerja. Tarikh ini penting dan perlu dipastikan ia adalah betul termasuk tahunnya kerana tarikh ini akan digunakan untuk mengira gaji dan juga bilangan cuti tahunan.
Martial StatusMartial Status akan digunakan untuk pengiraan PCB bagi penggajian.

 

1.       Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan atas page, pengguna telah berjaya menambah maklumat pekerja yang baru. 

2.       Selepas itu, admin boleh menambah dan mendapatkan maklumat-maklumat yang lain seperti 


- Basic Information 

- Leave Entitlements

- Career Progression

- Personal

- More Information

- Documents

- Training Need Analysis

-  Automated Accounting