Dalam OfficeCentral, anda boleh menambahkan bilangan pekerja dan maklumat pekerja untuk tujuan pengurusan sumber manusia.

Ikuti langkah-langkah berikut utk melihat senarai pekerja:


1.       Klik pada “List of Staffs”.

2.       Anda boleh menekan butang “Add” untuk menambahkan pekerja.Tekan butang “Edit” untuk mendapatkan maklumat mengenai pekerja tersebut.


Keterangan:

A
Tekan link “Add” ini untuk tambahkan pekerja yang baru.
B
Tekan link “Edit” ini untuk mengemaskini data untuk pekerja tersebut.
C
Tekan link “Resign” ini sekiranya pekerja tersebut berhenti.
D
Tekan link “Deactivate” ini sekiranya ingin “memadam” nama pekerja tersebut dari sistem dan anda tidak akan nampak lagi nama pekerja tersebut dalam sistem ini. Walau bagaimanapun, data pekerja tersebut masih disimpan. Untuk mengakses data pekerja yang tidak aktif, anda boleh memilih “Inactive Only” dalam filter F.
E
Tekan link “Suspend” ini sekiranya pekerja ini masih aktif dan anda hanya ingin menggantung pembayaran gaji. Pada kebiasaannya digunakan sekiranya pekerja ini mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh yang panjang.


Ikuti langkah-langkah berikut untuk memasukkan maklumat pekerja yang baru.


1.       Isikan semua maklumat yang diperlukan berkaitan dengan staff tersebut.



Keterangan Penting:


Date Joined
Masukkan tarikh pekerja ini mula bekerja. Tarikh ini penting dan perlu dipastikan ia adalah betul termasuk tahunnya kerana tarikh ini akan digunakan untuk mengira gaji dan juga bilangan cuti tahunan.
Tag
Tag adalah nota yang pendek dan ringkas.

 

1.       Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan atas page.

2.       Selapas itu, pergi ke bahagian “More Information” dibahagian kiri bawah page tersebut. Tujuannya adalah untuk manambah maklumat-maklumat lain berkaitan dengan staff tersebut dan memudahkan CEO atau mana-mana kakitangan menghubungi staff tersebut.