Dalam modul ini, anda boleh menguruskan maklumat cuti pekerja termasuklah cuti tahunan dan sebagainya. Sistem OfficeCentral membolehkan para pekerja memasukkan permohonan cuti dan supervisor pula boleh meluluskan permohonan mereka secara online. OfficeCentral boleh mengira bilangan cuti yang diberikan dan tidak membenarkan pekerja memohon cuti melebihi had yang ditetapkan.

Untuk akses ke modul ini,anda pergi ke “Leave Management” dan klik pada “Leave Types”.


1.       Anda akan melihat jenis-jenis cuti yang terdapat didalam syarikat mengikut Akta Pekerjaan 1955 yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

2.       Sekiranya anda ingin menambah jenis cuti lain, pergi ke butang “Add” untuk menambah jenis cuti.

3.      Masukkan maklumat yang diperlukan.



Keterangan:

A
Tekan butang ini untuk tambahan jenis cuti yang baru.
B
Tekan link “Edit” ini untuk mengemaskini data tersebut.
C
Tekan link “Delete” ini untuk memadamkan data tersebut. Hanya data yang belum digunakan sahaja yang boleh dipadam. Data yang sudah dipadam tidak boleh dikembalikan semula.


Keterangan:

A
Masukkan nama jenis cuti yang terlibat.
B
Masukkan deskripsi maklumat jenis cuti. Contohnya seperti “Medical Leave” .
C
Masukkan berapa hari pekerja perlu mohon cuti tersebut. (Tempoh yang diberikan  sebelum cuti tersebut)
D
Masukkan jumlah cuti yang diberi kepada pekerja. (Berdasarkan jawatan staff tersebut)
E
Untuk bahagian ini, sila tandakan mana-mana bahagian yang berkenaan.
F
Pilih “parent” jika ada kaitan dengan cuti yang dimohon.


1.       Contoh:

Name                                   : Comppasionate Leave

Description                          : Sekiranya berlaku kematian

Minimum days to apply       : -7

Leave allocation                  : Annually

Setting                                : Allow probation

Leave type parent               : None

 

2.       Minimum days to apply” adalah dimana pekerja perlu meminta cuti sebelum/selepas dari hari yang telah ditetapkan oleh syarikat. Jika

          3,bermaksud pekerja perlu memohon cuti selewat-lewatnya 3 hari sebelum cuti tersebut. Jika -3 (nombor negatif), bermakna perkerja perlu

          meminta cuti selewat-lewatnya 3 hari selepas cuti tersebut.


3.       Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan atas page.


4.       Maklumat tambahan:

 

      Leave Allocation: Cara bilangan cuti diberikan kepada pekerja. Sekiranya Annually, bermaksud pekerja mendapat keseluruhan cuti pada waktu awal bekerja. Sekiranya anda menggunakan sistem pro-rate, maka, anda perlu memilih “Daily” sebagai leave allocation anda.

 

     Allow Probation?: Sila tandakan / pada kotak ini sekiranya anda membenarkan staff di bawah tempoh percubaan untuk memohon cuti ini.

 

     Leave Type Parent: Sekiranya balance cuti tersebut bergantung kepada cuti yang lain, sila pilih cuti yang lain tersebut sebagai Leave Type Parent. Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan setiap kali staff memohon Emergency Leave ditolak dari Annual Leave, anda letakkan Annual Leave sebagai Leave Type Parent kepada Emergency Leave semasa sesi konfigurasi.