Seterusnya, anda pergi ke “Leave”, “Entitlement Settings” dan klik pada link tersebut. Anda akan lihat seperti gambar dibawah.Entitlement Settings merupakan konfigurasi bilangan cuti berdasarkan klasifikasi kerja, jenis cuti dan juga bilangan tahun bekerja di syarikat tersebut.
Keterangan:
A | Tekan butang ini untuk tambahan cuti. |
B | Tekan butang ini untuk tambah maklumat secara banyak. |
Kemudiaan Klik pada “Bulk Add” untuk mengisi maklumat secara pukal dalam satu-satu masa. Anda boleh rujuk pada gambar dibawah.
1. Jika anda ingin membuat apa-apa penambahan, tekan butang “Add” dan anda akan lihat seperti di bawah.
2. Isikan segala maklumat yang diperlukan.
Keterangan:
A | Pilih cuti yang ingin ditambah. |
B | Pilih jawatan yang terlibat. |
C | Masukkan bilangan tahun permulaan cuti tersebut bermula.Contoh pertama: polisi syarikat memberi cuti tahunan kepada pekerja yang baru mula bekerja sehingga 2 tahun sebanyak 8 hari/tahun. Jadi “start year” = 0 dan “end year” = 2. Contoh kedua ialah polisi syarikat memberi cuti tahunan kepada pekerja yang telah bekerja selama 2 tahun dan ke atas sebanyak 14 hari/tahun. Jadi “start year”=2 dan “end year”=99. |
D | Masukkan anggaran bilangan tahun akhir bekerja. |
E | Masukkan jumlah cuti yang ingin diberi. |
F | Sila nyatakan sekiranya ada . |
G | Sekiranya ada maklumat tambahan, sila nyatakan di bahagian ini. |
3. Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan.