Dalam OfficeCentral, anda boleh melihat senarai maklumat kehadiran pekerja. Dalam modul ini, anda boleh merekodkan masa masuk dan keluar pekerja-pekerja anda. Maklumat dari modul ini boleh digunapakai semasa pengiraan gaji nanti sekiranya diperlukan.

Untuk Akses ke modul ini, anda perlu menekan menu “Attendance” dan anda akan dapat melihat paparan berikut:



Keterangan:

Overall
Jika anda sebagai admin, anda akan dapat melihat kedatangan bagi semua staf secara harian, mingguan dan bulanan. Di sini juga anda dapat import kedatanga staf menggunakan excel.
My Supervisees
Anda akan dapat melihat kedatangan supervisee anda sahaja secara secara harian, mingguan dan bulanan.
Personal
Anda hanya akan dapat meilhat kedatangan anda sahaja secara secara harian, mingguan dan bulanan.
Check in
Jika staf mempunyai login id sendiri, mereka boleh menggunakan Check in untuk kedatangan masuk.
Check out
Jika staf mempunyai login id sendiri, mereka boleh menggunakan Check out untuk kedatangan keluar.


Sekiranya anda ingin memasukkan rekod kedatangan baru, anda boleh ke "Overall" dan tekan butang “Daily” . Setelah itu anda akan dapat melihat paparan seperti yang berikut:



Untuk menambah kedatangan baru, sila tekan "Add". Setelah tekan "Add" anda akan dapat melihat paparan seperti yang berikut:



Seterusnya anda perlu menekan "Add Attendance", dan paparan seperti berikut akan kelihatan:



Contoh:

     Staff: Abu bin Ali

     Shift : Normal

     Time in: 9.00

      Breaks : 60 minutes

      Time out : 6.00 (same day)

      Tasks : Bekerja

      Has overtime : None


Setelah selesai, sila tekan "Add". Paparan seperti berikut akan kelihatan:



Setelah selesai, sila tekan "Save".

Tahukah anda bahawa anda juga boleh menggunakan fungsi Check In melalui laman web di OfficeCentral? Setiap kali pekerja anda hadir ke kerja, mereka boleh log masuk ke OfficeCentral dan akses fungsi Check In untuk merekodkan kedatangan mereka ke pejabat/tempat kerja.


Mereka seterusnya akan dapat mengakses paparan berikut:



Di bahagian kiri atas, pastikan anda memilih “Share Location” bagi memastikan OfficeCentral dapat merekodkan lokasi yang betul di mana anda “check in” untuk kehadiran anda pada hari tersebut.


Setelah selesai, anda boleh masukkan kerja-kerja yang dilakukan dalam ruangan “Tasks” dan tekan butang “Check In” di bahagian bawah untuk memasukkan maklumat kehadiran tersebut ke dalam sistem.

Apabila anda hendak pulang dari kerja, anda boleh menekan butang “Check Out” untuk menandakan anda pulang dari kerja pada hari tersebut.



Anda seterusnya akan dapat mengakses paparan berikut:



Setelah selesai, anda boleh masukkan kerja-kerja yang dilakukan dalam ruangan “Tasks” dan tekan butang “Check Out” di bahagian bawah untuk memasukkan maklumat kehadiran tersebut ke dalam sistem.