“Public Holiday” adalah bertujuan untuk meletakkan apa-apa cuti yang diisytihar di dalam negara (cuti umum) yang diikuti oleh syarikat. Tidak semua syarikat mengikut cuti umum yang sama.
Dengan memasukkan cuti ke dalam sistem, sistem akan mengira bilangan cuti yang diambil oleh pekerja secara automatik. Jika terdapat sebarang cuti lain yang diambil selain dari cuti yang terdapat di dalam sistem ini, anda boleh menambah cuti tersebut.
Tekan menu “Settings” dan pilih “Public Holidays” untuk akses ke submodul ini.
Setelah tekan Pubic Holidays, anda akan dapat melihat paparan seperti yang berikut:
Anda boleh menekan butang “Add” untuk menambah cuti-cuti lain yang diperlukan dan link “Delete” untuk memadam mana-mana cuti yang tidak diperlukan. Link “Edit” pula digunakan sekiranya ingin mengubahsuai data tersebut.
Keterangan:
1 | Sila pilih negara untuk cuti umum tersebut. |
2 | Masukkan nama cuti tersebut. |
3 | Sila pilih tarikh cuti tersebut. |
4 | Masukkan keterangan tentang cuti tersebut |
Nota: Anda perlu masukkan senarai cuti umum yang diikuti oleh syarikat anda setiap tahun. Sistem tidak melakukan ini secara automatik kerana banyak cuti yang tidak mempunyai tarikh yang tetap setiap tahun dan tidak kesemua syarikat mengikuti cuti yang sama.