1.       QUOTATIONS adalah dokumen yang anda hantar kepada pelanggan berpotensi untuk memberikan harga produk anda. Ia juga dikenali sebagai Sebut Harga.


2.       Klik pada INVOICING, pilih QUOTATIONS dan klik ADD NEW” seperti di (A). 




3.       Isikan semua bidang-bidang lain seperti yang dikehendaki. Anda boleh menambah butiran barangan sebut harga tersebut dan klik “Save” selepas selesai mengisi ruangan yang diperlukan.


Contoh :




Keterangan:

A
Tekan butang “ADD NEW” untuk menambah maklumat sebutharga.
B
Sila pilih “ACCOUNT”. Perlu diingatkan bahawa hanya “ACCOUNT” yang disimpan sahaja akan dipaparkan. Sekiranya anda mempunyai “ACCOUNT” yang baru, anda perlu menambah di bahagian “CONTACT BOOK” dan pilih “ACCOUNT”.
C
Ini merupakan nombor rujukan untuk sebutharga. Sistem akan mengeluarkan nombor rujukan mengikut kiraan. Anda juga boleh mengubah nombor rujukan tersebut.
D
Sila pilih tarikh anda isu sebutharga ini.
E
Sila pilih tarikh tamat sebutharga ini.
F
Sila pilih jurujual yang terlibat. Jika ingin menambah senarai jurujual, sila pergi modul HRMS, pilih “ADD STAFF”.
G
Sila nyatakan lokasi syarikat anda
H
Nyatakan projek sekiranya “QUOTATION” ini berkait dengan projek syarikat anda.
I
Pilih jenis matawang yang anda gunakan.
J
Sila nyatakan subjek sebutharga ini.
K
Sila penuhkan ruangan untuk item sebutharga ini.
L
Sila nyatakan nota sekiranya anda hendak memberitahu pelanggan didalam resit sebutharga nanti


4.       Setelah anda menyimpan sebut harga yang telah anda buat, anda boleh menekan pada butang “VIEW LIST”. Dibawah adalah paparan untuk melihat senarai “QUOTATION”.



5.         Setelah anda menekan butang “VIEW LIST”, anda akna dapat melihat paparan seperti dibawah.



Details                       : Untuk melihat butiran sebut harga.

Edit                            : Untuk mengubah suai maklumat sebut harga dan barangan

Delete                        : Untuk memadam sebut harga

Finalize                       : Untuk memuktamadkan sebut harga, yang bermaksud bahawa petikan ini tidak boleh lagi diubah suai.

Generate Order       : Untuk menjana Perintah Penerimaan secara automatik berdasarkan maklumat sebut

Acceptance               harga ini.

Apabila sebut harga telah di buat, anda akan dapat melihat butiran sebut harga dengan memilih “DETAILS” di “QUOTATION” seperti rajah di bawah. Anda boleh menekan “EDIT” untuk mengubah “QUOTATION” ini. Anda juga boleh mencetak sebutharga anda dengan menekan pada “A”.