Laporan Profit and Loss (Penyata Untung Rugi) adalah untuk melihat status keuntungan atau kerugian semasa syarikat secara tahunan atau bulanan. Item yang ada dalam Penyata Untung Rugi adalah:


  1. Income/Jualan - Nilai Invois yang dikeluarkan kepada pelanggan dalam setahun atau jika jualan secara online. Jumlah duit masuk dari pelanggan dalam setahun.
  2. Cost of sales/Belian - Nilai invois yang diterima daripada pembekal selama setahun dan jika belian secara tunai. Jumlah duit keluar kepada pembekal dalam setahun.
  3. Expenses/Belanja - Kos-kos tidak langsung yang terlibat untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut.


Dalam submodule Reports, anda boleh menjana Profit & Loss Report untuk Overall (gabungan semua lokasi) and Individual (satu lokasi sahaja). Admin for location hanya boleh melihat laporan bagi lokasinya sahaja­. Apabila anda klik pada menu Profit & Loss (Overall) dalam submodul Reports, skrin berikut akan terpapar:



1.       Pilih “level” akaun yang diperlukan.

2.       Masukkan Start Date dan juga End Date.

3.       Klik butang Search untuk menjana laporan.

4.       Klik pada butang Microsoft Excel untuk mengeksport fail laporan tersebut dan memuat turun dalam format Microsoft Excel.