Dalam submodul Reports, anda boleh menggunakan menu penyesuaian bank (Bank Reconciliations) untuk menyemak transaksi dan baki dalam bank. Semasa melakukan rekonsilasi bank, anda perlu memastikan baki dalam akaun bank di dalam sistem adalah sama dengan bank statement. Sebarang percanggahan akan direkodkan di dalam laporan Bank Reconciliations.
Apabila anda klik Bank Reconciliations dalam submodul Reports, paparan skrin akan ditunjukkan seperti berikut:
1) Di dalam submenu Report, pilih Reports – Bank Reconciliations seperti di bawah:
2) Pilih bank untuk melakukan bank reconciliations.
3) Pilih Tarikh Hujung Bulan bagi bulan tersebut berdasarkan Penyata Bank dan seterusnya tekan butang “Reconcile” seperti di bawah:
4) Masukkan maklumat berikut:
Statement Opening Amount: Masukkan baki permulaan berdasarkan penyata bank atau sistem akan ambil baki penutup dari bank reconciliation bulan sebelumnya untuk dimasukkan ke dalam kotak ini.
Statement Closing Amount: Masukkan baki penutup seperti di Penyata Bank
5) Lakukan fasa pertama
Kesemua transaksi di dalam Cashbook (inflow/outflow) akan di keluarkan di dalam kotan di bawah “Reconcile”.
Deposit: Inflow
Pengeluaran: Outflow
At Reconcile: Tandakan “/” dalam kotak di bahagian kiri sekiranya transaksi tersebut ada di dalam Penyata Bank seperti dalam gambar di bawah:
6) Setelah itu tekan butang "Reconcile".