“Chart of Account” anda boleh ditetapkan secara automatik. OfficeCentral akan mengisi senarai Header berdasarkan senarai Header yang biasa digunakan dalam perakaunan syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana.



  1. Untuk menetapkan senarai Header secara automatik, klik pada menu “Chart of Accounts (Main)” yang boleh didapati di submodule Chart of Accounts.
  2. Pada laman Chart of Accounts, klik pada butang SETUP ACCOUNT (DEFAULT) seperti yang ada dalam paparan di atas. Kemudiannya, senarai Header akan tertulis.
  3. Header tersebut berfungsi sebagai “rumah” untuk akaun-akaun Detail. Anda juga boleh membayangkan Header sebagai sebuah kategori besar yang mengandungi sub-kategori (akaun detail) yang lain.


Nota


  • Proses ini hanya akan menjana senarai akaun Header, bukannya akaun Detail. Oleh itu, anda perlu menetapkan setiap akaun Detail yang akan anda gunakan. Akaun Header yang tidak mempunyai sebarang akaun Detail boleh dibiarkan tanpa sebarang Detail di bawahnya.
  • Anda juga boleh menambahkan akaun Header di bawah akaun Header yang lain.