Dalam Panggilan Pelan, anda boleh membuat panggilan secara pukal tetapi anda perlu pastikan bahawa rakan-rakan kongsi telah ditugaskan untuk Jurujual yang betul. Setelah itu, barulah Panggilan Pelan boleh dihasilkan.
Untuk membuat Panggilan Pelan, ikuti langkah-langkah dibawah:
- Klik pada “Assign and Generate”.
- Untuk membenarkan anda membuat Panggilan Pelan secara pukal, anda perlu memastikan bahawa Rakan Kongsi perlu di tugaskan kepada Jurujual yang betul. Jika Rakan Kongsi dan Jurujual adalah kepada orang yang berkenaan, anda boleh menekan butang “Next”.
- Setelah anda klik pada butang “Next”, anda seterusnya perlu membuat tetapan jadual untuk Jurujual pada minggu pertama dan kedua. Pilih hari dan lokasi yang betul mengikut tugasan yang diberikan pada Jurujual anda.
- Setelah selesai, pastikan anda klik butang “Next”. Anda akan mendapat paparan tambahan seperti dibawah. Jika anda telah membuat tetapan untuk semua Jurujual anda, anda boleh memilih “All Staffs” dan jika anda ingin menjana untuk seorang Jurujual sahaja, anda perlu memilih nama Jurujual tersebut. Jika anda telah menbuat panggilan pelan sebelum ini, dan ingin mengubah kepada panggilan pelan yang terbaru, maka anda boleh memadam panggilan pelan yang terdahulu. Jika panggilan pelan ini adalah untuk tarikh yang akan datang, maka anda boleh memilih untuk tidak memadam panggilan pelan yang terdahulu.
- Untuk mengakhiri sesi tetapan ini, anda perlu klik butang “Generate”.