1. Pengguna terlebih dahulu dapat merekodkan inbois dengan melakukan transaksi di papan pemuka dari Penerimaan Pesanan. Sistem telah menyediakan ruangan untuk inbois yang berkaitan dengan setiap pesanan.


2. Klik pada “Generate Invoice” dan masukkan maklumat terhadap inbois berkenaan. Ada beberapa maklumat yang tetap seperti maklumat bank syarikat perlu dimasukkan terlebih dahulu di Modul Global Konfigurasi.


3. Apabila hendak menyemak inbois yang belum dibayar, pengguna dapat klik pada ikon di bawah dan sistem akan menyenaraikan inbois yang belum dibayar. Pengguna bukan sahaja dapat melihat jumlah yang belum dibayar, malah dapat mengetahui kedudukan premis rakan kongsi tersebut dan tarikh akhir tempoh berhutang. Maka pengguna dapat membuat perancangan untuk kutipan inbois yang tertunggak.