Jika pengguna OfficeCentral ingin memuatnaik rekod buku harga atau "pricebook" ke dalam Modul "Customer Relationship Management", sila ikuti langkah-langkah dibawah;
1. Klik pada Pricebook>Pricebook>Import
2. Sila lengkapkan semua rekod harga produk dan perkhidmatan anda menggunakan format dan ikuti format yang disediakan. Muatturun contoh format excel .
3. Berikut merupakan panduan mengisi excel tersebut;
| Category Name (Nama Kategori) | Masukkan kategori kepada produk dan perkhidmatan. |
| Product Code (Kod Produk) | Masukkan kod bagi setiap barangan. Pastikan kod yang berbeza untuk setiap barangan atau produk. |
| Product Name (Nama Produk) | Nama Produk atau Servis yang ditawarkan. |
| Product Description (Keterangan Produk) | Keterangan lengkap produk yang seperti dalam katolog barangan. |
| Barcode (Barkod) | Masukkan barkod jika item barangan mempunyai barkod. |
| Unit | Unit adalah panggilan untuk 1 unit barangan tersebut (Contoh: kilogram, helai, unit, pasang. dsb) |
| Cost Price per Unit (Kos/Unit) | Masukkan kos permulaan untuk 1 unit (jika ada) dalam titik perpuluhan. |
| Price per Unit (Harga/Unit) | Masukkan harga jualan untuk 1 unit. Harga tersebut akan dipaparkan di semua Modul dalam titik perpuluhan. |
| Commission Percentage (Komision %) | Sila letakkan angka 0.00 |
| is Available ( Didapati/Tidak) | Letakkan angka "1" jika terdapat dalam senarai jualan anda, jika sudah tidak tersenarai dalam jualan/ tidak dijual, letakkan angka "0" |
| is Unlimited (Terhad/Tidak) | Jika produk jualan adalah barangan, letakkan angka "1". Jika produk adalah servis, sila letakkan angka "0". |
| Stock Balance (Baki Stok) | Masukkan baki stok untuk "limited stock" yang kini terdapat dalam simpanan. |
| Supply Tax Code (Cukai Output/Output Tax) | Masukkan kod Cukai GST Jualan (Contoh: SR) |
| Purchase Tax Code (Cukai Input/Input Tax) | Masukkan kod Cukai GST Belian (Contoh: TX) |
* Pastikan kesemua ruangan (column) diisi dengan maklumat atau kod yang sesuai. Jika tidak, excel anda tidak dapat dimuatnaik kedalam sistem.