Untuk membuat tetapan bagi module Finance, pergi ke butang "Configurations" dan anda boleh tekan di bahagian Approver seperti gambarajah di bawah: 



Dengan membuat tetapan terlebih dahulu, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat pilihan di kemudian hari. Tetapan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja kecuali ada penambahan informasi di kemudian hari.


Finance - Approver


Untuk membuat tetapan bagi Pelulus, pergi ke butang “Approver” dan anda boleh membuat tetapan pelulus untuk setiap pekerja atau secara pukal


1) Tetap Pelulus Secara Individu 



Apabila anda memilih “Set Staff Approver”, anda boleh menetapkan staff mana yang akan menjadi pelulus untuk bahagian yang tertera di bawah dengan menekan “Add Approver”.  



Kemudian anda perlu memasukan angka 1 – 5 sebagai tahap pelulus dan juga perlu memilh staff mana yang akan menjadi Pelulus. Sebagai tambahan maklumat, tiada limit untuk tahap pelulus. 



Pelulus adalah sangat berguna kepada syarikat yang mempunya ramai staff. Proses ini akan menyenangkan staf yang berpangkat pengurus. 


*Jika staff sudah mempunyai Supervisor, sistem akan automatik jadikan Supervisor tersebut sebagai Approver Level 1 kepada staff berkenaan.


2) Tetapan Pelulus Secara Pukal


Untuk menetapkan pelulus secara pukal, user perlu pergi ke Configurations > Approver. Berikut adalah paparan rujukan. 



Untuk bahagian Tetapan Pelulus secara pukal, user hanya boleh tetapkan untuk Payment Requisition Approver, Payment Voucher Approver dan juga Petty Cash Voucher Approver. 


Tetapan pelulus secara pukal ini boleh dibuat untuk All Staffs ataupun By Department


By All Staffs: 


Apabila anda tekan butang All Staffs, ianya akan tertera seperti gambarajah di bawah:



Kemudian anda perlu pilih sama ada ingin tetapkan untuk semua staff atau staff yang masih belum ada Pelulus lagi. Kemudian boleh pilih angka 1 – 5 sebagai tahap pelulus dan juga perlu memilh staff mana yang akan menjadi Pelulus. Sebagai tambahan maklumat, tiada limit untuk tahap pelulus. 


By Department:

 

Apabila anda tekan butang By Department, ianya akan tertera seperti gambarajah di bawah:


Kemudian anda perlu pilih sama ada ingin tetapkan untuk semua staff dalam jabatan yang sama atau staff dalam jabatan yang sama tetapi masih belum ada Pelulus lagi. Selepas itu pilih Jabatan, kemudian boleh pilih angka 1 – 5 sebagai tahap pelulus dan juga perlu memilh staff mana yang akan menjadi Pelulus. Sebagai tambahan maklumat, tiada limit untuk tahap pelulus.



NOTA: SEMUA PELULUS AKAN DIBERITAHU MELALUI EMEL BAGI SETIAP PERMOHONAN. SILA PASTIKAN PELULUS ANDA TELAH MENETAPKAN EMEL MEREKA DI (HRMS > SENARAI KAKITANGAN > MAKLUMAT ASAS > EMEL) UNTUK MENERIMA PEMBERITAHUAN EMAIL.