Dalam OfficeCentral, anda boleh menambah beberapa kumpulan gaji yang berbeza sekiranya anda mempunyai cara pengiraan gaji yang berlainan untuk pekerja anda. Jika cara pengiraan gaji untuk setiap pekerja adalah sama sahaja, anda boleh meletak satu sahaja kumpulan pada bahagian ini.
Keterangan:
Nombor | Keterangan |
A | “Add” untuk tambahkan jenis kumpulan gaji baru. |
B | “Edit” untuk melakukan sebarang modifikasi terhadap data yang sedia ada. |
C | “Delete” untuk padamkan kumpulan gaji yang telah sedia ada. Walau bagaimanapun, data tersebut hanya boleh dipadamkan sekiranya ia masih belum digunakan. Harap maklum bahawa data yang telah dipadamkan tidak boleh didapati semula. |
Untuk tambahkan kumpulan gaji yang baru, sila lakukan langkah-langkah berikut:
- Tekan butang “Add” seperti dalam gambar di atas.
- Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan:
- Keterangan:
Nombor | Keterangan |
A | Masukkan nama kumpulan tersebut. Sebagai contoh “Standard”. |
B | Masukkan penerangan kepada nama kumpulan tersebut. |
C | Pilih cara pengiraan gaji. Pilihan-pilihan untuk memilih cara pengiraan gaji Fixed number of days per month | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari yang tetap setiap bulan, contohnya 26 hari. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari) * gaji pokok. Oleh itu, sekiranya bilangan hari tersebut adalah 26 hari dan gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/26*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/26 * 2000. | Based on total number of days in the month | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari yang ada dalam bulan tersebut. Contohnya, dalam bulan Jun dikira sebagai 30 hari manakala dalam bulan Julai dikira sebagai 31 hari. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari dalam bulan tersebut) * gaji pokok. Oleh itu, sekiranya bulan tersebut adalah bulan Jun dan mempunyai 30 hari dalam sebulan, dan gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/30*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/30 * 2000. | Based on total number of days between cutoff | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari yang ada antara “Start Date” dan “Cutoff Date”. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari antara 2 tarikh tersebut) * gaji pokok. Contohnya, sekiranya anda pilih “27 August 2022” sebagai start date dan “26 September 2022“ sebagai cutoff date, sistem akan kira sebagai 31 hari. Sekiranya gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/31*2000 Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/31 * 2000. | Based on 5 working days (Monday-Friday) per week in a month | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari bekerja yang ada dalam bulan tersebut berdasarkan 5 hari bekerja (Isnin - Jumaat) dalam seminggu. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari bekerja dalam bulan tersebut) * gaji pokok. Contohnya, sekiranya anda untuk bulan Ogos 2022, sistem akan kira sebagai 21 hari kerana terdapat 21 hari bekerja (Isnin-Jumaat) dalam bulan Ogos 2022. Sekiranya gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/21*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/21 * 2000. | Based on 5 working days (Monday-Friday) per week between cutoff dates | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari bekerja yang ada antara 2 tarikh (Start date dan Cutoff Date) berdasarkan 5 hari bekerja (Isnin - Jumaat) dalam seminggu. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari bekerja antara 2 tarikh tersebut) * gaji pokok. Contohnya, sekiranya anda pilih “27 August 2022” sebagai start date dan “26 September 2022“ sebagai cutoff date, sistem akan kira sebagai 22 hari. Sekiranya gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/22*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/22 * 2000. | Based on 5.5 working days (Mon-Fri, Half-day on Saturdays) per week in a month. | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari bekerja yang ada dalam bulan tersebut berdasarkan 5.5 hari bekerja (Isnin – Jumaat, separuh hari bekerja pada hari Sabtu) dalam seminggu. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari bekerja dalam bulan tersebut) * gaji pokok. Contohnya, sekiranya anda untuk bulan Ogos 2022, sistem akan kira sebagai 21 hari kerana terdapat 23 hari bekerja (Isnin-Jumaat) dalam bulan Ogos 2022. Sekiranya gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/23*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/23 * 2000. | Based on 5.5 working days (Mon-Fri, Half-day on Saturdays) per week between start date and cutoff date. | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari bekerja yang ada antara 2 tarikh (Start date dan Cutoff Date) berdasarkan 5.5 hari bekerja (Isnin – Jumaat, separuh hari pada hari Sabtu) dalam seminggu. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari bekerja antara 2 tarikh tersebut) * gaji pokok. Contohnya, sekiranya anda pilih “27 August 2022” sebagai start date dan “26 September 2022“ sebagai cutoff date, sistem akan kira sebagai 25 hari. Sekiranya gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/25*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/25 * 2000. | Based on 6 working days(Mon-Saturday) per week in a month. | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari bekerja yang ada dalam bulan tersebut berdasarkan 6 hari bekerja (Isnin - Sabtu) dalam seminggu. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari bekerja dalam bulan tersebut) * gaji pokok. Contohnya, sekiranya anda untuk bulan Ogos 2022, sistem akan kira sebagai 21 hari kerana terdapat 25 hari bekerja (Isnin-Sabtu) dalam bulan Ogos 2022. Sekiranya gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/25*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/25 * 2000. | Based on 6 working days (Mon-Saturday) per week between start date and cutoff date. | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji berdasarkan bilangan hari bekerja yang ada antara 2 tarikh (Start date dan Cutoff Date) berdasarkan 6 hari bekerja (Isnin – Sabtu) dalam seminggu. Dengan memilih opsyen ini, cara pengiraan 1 cuti tanpa gaji (unpaid leave) akan dikira berdasarkan 1/(bilangan hari bekerja antara 2 tarikh tersebut) * gaji pokok. Contohnya, sekiranya anda pilih “27 August 2022” sebagai start date dan “26 September 2022“ sebagai cutoff date, sistem akan kira sebagai 27 hari. Sekiranya gaji pokok adalah RM2000/bulan, pengiraan 1 hari cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 1/27*2000. Pengiraan overtime juga akan mengikut kadar yang sama, iaitu gaji satu hari bekerja dikira sebagai 1/27 * 2000. | Based on staff’s location’s working days in a month | Cara ini menggunakan cara yang sama seperti di atas dalam bulan pengiraan gaji tersebut tetapi mengikut tetapan hari bekerja yang ditentukan di setiap lokasi tertentu. Sebagai contoh, sekiranya di negeri Kelantan, hari bekerja adalah Ahad – Khamis. Oleh itu, untuk negeri ini disarankan menggunakan opsyen ini untuk pengiraan gaji (sekiranya tidak menggunakan bilangan hari yang tetap seperti opsyen pertama dan kedua). | Based on staff’s location’s working days between cutoff | Cara ini menggunakan cara yang sama seperti di atas iaitu pengiraan hari bekerja antara 2 tarikh (start date dan cutoff date) tetapi mengikut tetapan hari bekerja yang ditentukan di setiap lokasi tertentu. Sebagai contoh, sekiranya di negeri Kelantan, hari bekerja adalah Ahad – Khamis. Oleh itu, untuk negeri ini disarankan menggunakan opsyen ini untuk pengiraan gaji (sekiranya tidak menggunakan bilangan hari yang tetap seperti opsyen pertama dan kedua). |
|
D | Masukkan nombor bilangan hari bekerja dalam sebulan. Opsyen ini hanya disediakan sekiranya pengguna memilih untuk menetapkan bilangan hari secara tetap, seperti 26 hari sebulan. |
E | Masukkan bilangan jam bekerja dalam satu hari. Maklumat di sini digunakan untuk pengiraan pekerjaan lebih masa (overtime) sekiranya ada. |
F | Pilih jenis pengiraan gaji untuk bulan yang tidak lengkap. Pilihan-pilihan untuk memilih cara pengiraan bagi bulan yang tidak lengkap Follow Salary Calculation Type Set Above | Pilih opsyen ini sekiranya anda memilih selain "Fixed number of days per month". | Based on total number of days in the month | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji mengikut "Fixed number of days per month". | Based on total number of days between cutoff | Pilih opsyen ini sekiranga anda mengira gaji mengikut "Fixed number of day per month". |
|
G | Di sini anda boleh melakukan tetapan sama ada Fixed Allowance tersebut perlu disumbangkan ke badan-badan statutori seperti EPF, SOCSO, Income Tax, Zakat dan PSMB. Sekiranya gaji tersebut perlu disumbangkan, anda perlu tandakan “√” dalam kotak tersebut |
- Di sini anda boleh tetapkan tetapan untuk kerja lebih masa Tambah overtime.
Keterangan:
Follow Salary Calculation Type Set Above | Pilih opsyen ini, jika ingin mengikut seperti cara pengiraan gaji yang telah dipilih. |
Fixed number of days per month | Pilih opsyen ini sekiranya anda mengira gaji lebih masa berdasarkan bilangan hari yang tetap setiap bulan, contohnya 26 hari. |
Keterangan:
A | Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 1.5 kali ganda gaji, masukkan nombor 1.5 dalam kotak tersebut. |
B | Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 2 kali ganda gaji, masukkan nombor 2 dalam kotak tersebut. |
C | Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2022. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 3 kali ganda gaji, masukkan nombor 3 dalam kotak tersebut. |
D | Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 1.5 kali ganda gaji, masukkan nombor 1.5 dalam kotak tersebut. |
E | Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 2 kali ganda gaji, masukkan nombor 2 dalam kotak tersebut. |
F | Masukkan berapa gandaan untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2022. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah sama seperti waktu bekerja, masukkan nombor 1 dalam kotak tersebut. Sekiranya syarikat memberikan 3 kali ganda gaji, masukkan nombor 3 dalam kotak tersebut. |
Sekiranya anda ingin menetapkan satu amaun tetap untuk overtime, anda boleh tandakan “√” dalam kotak “Use Fixed Value for Overtime”.
Keterangan:
Nombor | Keterangan |
A | Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
B | Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
C | Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap jam untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2022. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
D | Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan selepas tamat jam bekerja. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
E | Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat seperti pada hari Ahad. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
F | Masukkan berapa amaun bayaran untuk overtime bagi setiap hari untuk kerja yang dilakukan pada hari cuti umum seperti pada hari cuti merdeka pada 31 Ogos 2022. Contohnya, sekiranya gaji overtime yang diberikan adalah pada kadar RM10 sejam, masukkan nombor RM10 dalam kotak tersebut. |
Seterusnya, anda juga boleh menetapkan sama ada bayaran gaji overtime ini disumbangkan untuk bayaran statutori ataupun tidak.
Di sini anda boleh melakukan tetapan sama ada gaji lebih masa tersebut perlu disumbangkan ke badan-badan statutori seperti EPF, SOCSO, Income Tax, Zakat dan PSMB. Sekiranya gaji tersebut perlu disumbangkan, anda perlu tandakan “√” dalam kotak tersebut.